Tuesday, August 18, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali..

"Sekadar renungan..."

Pasti ramai yang telah tahu @ membaca tentang ini, tapi rasanya tak salah untuk kita menghayati perkara yang baik ini selalu...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua
'Murid 2 = ' Guru
'Murid 3 = ' Teman
'Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina
'Murid 2 = ' Bulan
'Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang
'Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?
'Murid 1 = ' Gunung
'Murid 2 = ' Matahari
'Murid 3 = ' Bumi
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

'IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia?
'Murid 1 = ' Baja
'Murid 2 = ' Besi
'Murid 3 = ' Gajah
'Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas
'Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang
'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..


.
.
.

Monday, August 10, 2009

Just look at his smile...

You don’t need any word to describe him……just look at his smile, you’d know he’s a brave and confident boy....





The happiest person does not necessarily have everything the best in life!
Make the best of everything come along the way instead!
.
.
.

Monday, August 3, 2009

Missed....



I missed blogging very much...........

Due to time constraint, nothing much I can do....huhuhu
.
.
.

Thursday, July 16, 2009

I like it most...



Just to share with you all, dalam banyak2 gambar saya di The Netherland, ini yang paling saya suka. I don't know why, but I really like it....

ps: thanks to Anwar, tukang snap gambar ni....ni pun saya pinjam dari album kat Facebook dia....hehehe
.
.
.

Tuesday, June 30, 2009

My first assignment...


Try to complete my first assignment for the masters programme...

Alahai...rasa kepala sudah mau pecah...ha ha ha ha

Well, dah 10 tahun tinggal bidang "sekolah2" ni...tapi macam best pulak bila buat homework ni...;-)
.
.
.

Friday, June 26, 2009

Dugaan buat bakal pengantin...

Salam,

Dalam seminggu dua kebelakangan ni sebenarnya saya sekeluarga tengah sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan adik bongsu saya pada lusa, Ahad 28 Jun 2009.

Kegembiraan kami sekeluarga disulami kedukaan buat masa sekarang. Sepatutnya adik saya dan tunangnya akan diakad nikahkan pada petang ini, Jumaat 26 Jun 2009.

Kelmarin mereka berdua telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Alhamdulillah, mereka berdua selamat walaupun adik saya mengalami luka yang agak parah di bahagian muka dan badan, sementara tunangnya mengalami patah bahu kiri. Namun majlis akan tetap diteruskan....InsyaAllah..





Beginilah keadaan kereta adik saya....





Saturday, June 20, 2009

Maafkan Saya....




Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....
Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


****petikan di atas saya terima (email) daripada rakan yang pernah menjadi sebahagian daripada warna2 dalam kehidupan ini. namun atas sebab2 tertentu kami semakin renggang.....maafkan saya!!!
.
.
.

Monday, June 15, 2009

This Week.....

Minggu ini diistiharkan sebagai minggu paling sibuk :

15 Jun - Monday : Crew Picnic at Bukit Merah Lake Town
Note : Baru balik!! Penattttt....


16 Jun - Tuesday :
8 am - take my mother to hospital for monthly check up
9 am - appointment with dentist
10 am - drive to UiTM SP to collect my surat pengesahan
2 pm - travel to KL
Note : Not sure either I can complete all the tasks before 2pm...huhuhu


17 Jun - Wednesday : Training at Petaling Jaya
Note : From 9 am to 6 pm....


18 Jun - Thursday : Meeting at Putrajaya
Note : From 12 noon to 6 pm


19 Jun - Friday : Travel back to Penang
Note : Morning can go shopping at IKEA before travel back...hehehe


20 Jun - Saturday : Day to rest.....
Note : Don't think so....still have a lot to do...


21 Jun - Sunday : Registration Day for my Masters Programme at UiTM Sungai Petani
Note : Yahoo!! Jadi student balik...hehehe (Alhamdulillah)
.
.
.

Thursday, June 4, 2009

Edinburgh, Scotland..

























n3 kali ni sengaja tak nak tulis ulasan selari untuk gambar2 tu semua....biarlah gambar2 itu "bercerita" sendiri...hehehehe

.
.
.