Sunday, April 17, 2011

Peganganku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu".

Sumber: www.nursyirah.wordpress.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Test

Try to update thru my bb...:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 25, 2011

Sharing.....

Sharing is caring!!!!

So simple yet the meaning is so deep..
The more you give, the more you get....
But don't expect....
If not you will regret...


There's a hero If you look inside your heart You don't have to be afraid Of what you are There's an answer If you reach into your soul And the sorrow that you know Will melt away

And then a hero comes along With the strength to carry on And you cast your fears aside And you know you can survive So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong And you'll finally see the truth That a hero lies in you

It's a long road When you face the world alone No one reaches out a hand For you to hold You can find love If you search within yourself And the emptiness you felt Will disappear

And then a hero comes along With the strength to carry on And you cast your fears aside And you know you can survive So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong And you'll finally see the truth That a hero lies in you

Lord knows Dreams are hard to follow But don't let anyone Tear them away Hold on There will be tomorrow In time You'll find the way

And then a hero comes along With the strength to carry on And you cast your fears aside And you know you can survive So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong And you'll finally see the truth That a hero lies in you

Tuesday, March 15, 2011

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu
.
.
.
.

I......

I keep on breaking the promies that I make to myself..

I think I strong enough but the reality is I'm not...

Friday, March 11, 2011

My Life....My Off day....


Salam Jumaat.....
(Penghulu segala hari. Semoga kita sama2 diberkati, InsyaAllah)

Still on my off day. Sehari dah lepas, hari ni dan sehari lagi akan datang. Meaning, 3 hari la cuti...saja2 nak peningkan kepala sendiri....;-)
Semenjak 2 tahun lepas (lebih kurang la..) jarang ada free time. Always terkejar sana, terkejar sini...macam tak cukup tanah...hehehe...hopefully, by May ni dah boleh tarik nafas lega sikit la, eventhough I know that this 3 month akan jadi super busysssssssssssssssssssss!!!!

Kemarin rasa lega sangat bila banyak kerja2 tertangguh dapat diselesaikan. Well, buat kerja last minute is my 2nd name actually...hehehe

Pagi2 tu konon2nya nak keluar awal...semangat kemain, tapi disebabkan "melepak" kat rumah is my hobby, dah tengahari jugalah baru gerak. Tu pun lepas dah puas kena bebel ngan mak...biasalah kan anak bertuah!!

Tempat pertama dituju, kedai gambar. Tangkap gambar untuk renew my pasport. Tak taw apa yang tak kena, gambar my pasport tak pernah nak elok!!! This is my 3rd pasport ok..Bukan nak perasan nak kata tuan gambar tu come lote ke apa...tapi gambar tu memang huduhhhh gila2. Mata macam nak tutup separuh, dah tu nampak macam bengkak lah, macam2 dok ada...tensen!!! Ingat nak renew for 2 years jer, which is boleh guna for 1 1/2 years. Fikir2 malas plak nak mai buat pasport kerap2, at last I go for 5 years...with the huduhhhhss gambar...huhuhu

Pasport tu siap in 1 hour jer...disebabkan malas nak tunggu dan perut pun lapar, terus memecut my beloved kereta burukss tu pi cari laksa kat Kg Petani...ohhh, kat sini bukan semua org jadi petani yerr, nama kg jerr..;-)....tak cukup laksa jer, siap beli ais kacang lagi. Bungkus, balik makan kat rumah.
After Zuhur baru pi ambik pasport tu. Tapi suka la service kat Pejabat Imigresen Seberang Jaya ni, cepat, pantas dan mesra. Thanks for making my life easier! Pastu ingat nak beli barang2 dapur kat Carefour Seberang Jaya. Sekali sampai sana, escalator dia rosak pulak, which mean kalau bawak banyak barang, agak azablah nak bawak turun. So, terpaksalah beli barang2 yg mampu dibawak oleh tangan jer lah. See...disebabkan masalah escalator saja dah berapa banyak "sales" that Carefour hilang!!!

Pastu pecut plak pi my apartment, pi opis maintenance utk bayar extra card for parking. Very soon, I will share my apartment with one of my friend. She's my EMBA's class mate. Orang SP, tapi baru dapat kerja kat Penang. Since my apartment pun asyik kosong jer, apa salah bagi orang tumpangkan. Harap2 lepas ni, makin rajinlah tuan rumah ni nak lepak situ...:D

Settle kat situ, then, pergi jumpa my dentist pulak. Disebabkan hubungan saya yang sangat akrab dengan kerani kat klinik tu, just buat appointment thru phone masa kat pejabat imigresen tadi dan bila sampai kat klinik tak payah tunggu lama. Alhamdulillah, kalau kita selalu baik dgn orang, InsyaAllah org pun akan baik dengan kita...ingat tu kawan2...:-)

Petang tu ada discussion dgn my group mate untuk settlekan our group assignment. My friend stay at the same apartment area with me, just different block. Agak 4 jam jugak la discussion tu. Perut pun best dok menyanyi lagu keroncong then we decided untuk pi dinner after maghrib. Kami pi dinner kat BM Tomyam kat Bandar Perda. This is my first time kat sana. My friend ni dah selalu pi sana. We just order set for 2 which is ada ikan bawal masak 3 rasa (besar gila ikan tu!!), tomyam campur, telur dadar, daging goreng dan kailan ikan masin. We just added udang goreng tepung. Udang ni sangat sedap!!!! Makanan sini sedap dan murah. Lain kali nak mai lagi lah...:-)

Lepas makan2, aktiviti seterusnya adalah sambung soping balik. This time pi Tesco Extra Seberang Jaya pulak. My friend pun ikut sekali. Kali ini dengan gigihnya dok penuhkan troli....balas dendam kat Carefour tadi....hehehe

Lepas soping tu teruslah balik rumah...nak dekat 11pm baru nampak pintu rumah.

Penat Ya Rabbi!!! Tapi enjoyyyy....:D
***gembira atau sedih....bahagia atau derita....kita berhak tentukan jalan yang kita pilih***

Sunday, March 6, 2011

Untuk awak...

Awak...
Saya sangat teringat pada awak sekarang ni...

Awak...
Saya tahu yang awak tahu apa saya rasa,
Cuma saya tak tahu kenapa awak buat macam tak tahu...

Awak...
Saya dah cuba elakkan,
Tapi tetap juga berlaku,
Saya anggap ini takdirNYA...

Awak...
Saya dah cuba mendidik hati saya,
Tapi ianya terlalu degil,
Tetap tak nak dengar apa minda kata,
Akhirnya saya pasrah...

Awak...
Saya tahu kekurangan diri,
Saya tak pernah lupa yang saya tak layak,
Sebab itu saya tak pernah ada keberanian,
Mengatakan apa yang sepatunya dikatakan,
Meluahkan apa yang terpendam,
Kerana saya tak kuat menerima penolakkan...

Awak...
Saya tak pasti mengapa kita dipertemukan,
Tapi saya yakin, ini kemahuan Allah,
Pasti Allah ada rencanaNya sendiri,
Mungkin Allah mahu kita mempelajari sesuatu,
Dan saya anggap ni adalah ujianNya buat saya,
Saya sedang mencari kekuatan untuk hadapinya...

Awak...
Walau apa pun terjadi selepas ini,
Saya nak awak tahu,
Saya dah terlanjur sukakan awak,
Kalaupun awak tak pernah ada rasa yang sama,
Tapi saya sangat menghargai apa yang terjadi di antara kita,
Saya akan jadikan semua itu kenangan terindah dalam hidup saya,
Kenangan yang akan saya simpan sampai bila2...

Awak...
Saya nak awak tahu,
Apa saja yang telah dan akan saya lakukan,
Saya lakukannya dengan ikhlas,
Saya tak pernah harapkan balasan,
Saya nak awak sentiasa gembira dan bahagia,
Saya akan sentiasa doakan kebahagian dan keselamatan awak,
Walau di mana awak berada,
Baik di dunia mahupun di akhirat...

Awak...
Awak kata saya kawan awak,
Tapi awak tak pernah layan saya macam kawan lain,
Awak selalu buat saya rasa istimewa,
Saya terlalu bahagia bila kita bertemu,
Tapi, kalau itu bukan niat awak,
Saya sentiasa maafkan awak,
Sebab, apa yang saya rasa bukannya salah awak,
Sebaliknya, saya ucapkan terima kasih,
Kerana awak pernah membuatkan saya rasa bahagia,
Dan saya minta maaf kerana tersalah sangka...

Awak...
Andai sampai masa nanti,
Bila awak ingin tinggalkan saya,
Saya mohon,
Sebelum awak pergi,
Ucapkanlah selamat tinggal,
Agak saya tak terus mengejar bayang2 awak...

Awak...
Awak tahu tak????

Deep inside me....

Lately, aku rasa hidup aku macam dalam dunia khayalan saja....langsung tak berpijak di bumi nyata. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang pandai nak luahkan perasaan atau apa yang aku rasa. This is my first try ever!!
Sometimes aku dah jadi manusia hipokrit!! Aku ketawa, tapi pada ketika itu aku sebenarnya nak menangis. Aku tersenyum dengan lebar, pada hal aku ingin sangat nak kerutkan muka masa tu.
Sekarang ni aku rasa telah kehilangan sesuatu, sedangkan apa yang aku hilang tu tak pernah pun jadi hak milik aku. Macam mana nak rasa kehilangan kalau bukan hak milik kita?????
Aku tak pernah berada keseorangan kerana hidup aku sentiasa dikelilingi oleh keluarga, teman2 dan juga orang ramai bila kerja. Tapi aku selalu rasa kesepian dan keseorangan. Aku tak punya sesiapa untuk berkongsi.
Kadang2 aku cemburu dengan anugerah Allah kepada orang lain. Tapi aku cuba bertahan kerana aku pasti Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Apa hak aku untuk ada rasa cemburu???? Semuanya hak milik mutlak Allah SWT. Itu hakNYA untuk anugerahkan apa saja kepada hambaNYA.
Aku juga dah terlalu kerap mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba Allah, anak kepada ibu bapa, pekerja kepada majikan dan juga pelajar kepada diri aku sendiri.
Sebagai hamba Allah, aku sering leka dan alpa malah kadang2 meringankan apa yang sepatutnya diberatkan. Ya Allah, aku amat berdosa. Ampunkanlah dosa2 aku ya Allah. Aku sering meminta hajatku padamu tapi aku tak menunaikan hakMU dengan sempurna.
Mak dan abah, aku sayangkan kalian tapi masalah demi masalah yang melanda buatkan aku tak mampu nak luahkan rasa sayang tu. Aku sebenarnya amat cemburu melihatkan kemesraan orang lain dengan ibubapa masing2. Aku tak pernah dapat merasakan kemesraan macam tu. Luaran nampak macam aku tak kekurangan apa2 dlm hidup ni. Tapi hakikatnya aku lah manusia yang tak punya apa2. Tapi ketahuilah bahawa aku tetap sayangkan mak dan abah sampai akhir hayat aku nanti.
Aku juga rasa berdosa sebagai seorang pekerja. Aku dah semakin lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku. Aku sedar ini ada kaitan dengan rezeki yang aku perolehi tapi aku sendiri dah tak mampu nak didik diri sendiri.
Aku kembali sebagai pelajar atas kemahuan aku sendiri. Tak pernah ada sesiapa yang paksa. Tapi dari sehari ke sehari aku makin lalai dengan tanggungjawab ni. Aku hanya tunaikan tanggungjawab aku secara ala kadar. Ya, aku dah hampir ke garisan penamat, tapi aku makin tersasar arah ke tempat penamat itu. Aku cuma berdoa yang aku tetap diizinkan Allah SWT untuk mencecah garisan penamat tu. Amin.
Ada sesuatu lagi yang aku terasa amat ingin aku luahkan. Hidup aku amat sepi dan sunyi. Aku tak punya seseorang untuk disayangi dan menyayangi. Zahirnya nampak macam aku tak kisah dan happy dengan hidup aku tapi hakikatnya Allah saja yang tahu. Aku memohon maaf kepada mereka yang aku berbohong bila mengatakan yang aku tak kisah hidup sendiri. Sebagai seorang manusia biasa, aku terlalu ingin menyayangi dan disayangi. Tapi sampai sekarang tiada seorang pun yang sudi. Aku dah selalu sangat kecewa dan aku dah tak tahu lagi apa rasa kecewa tu boleh lakukan pada diri aku. Anugerah Allah yang satu ini amat mahal untuk aku kecapi. Mungkin Allah telah mentakdirkan aku untuk menyayangi tapi bukan disayangi. Sehingga hari ini sebenarnya aku masih tercari2 hikmah Allah atas semua yang berlaku.
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah membuatkan aku rasa bahagia walaupun cuma untuk sedetik. Seusai solat aku tak pernah lupa menitipkan doa buat kalian. Aku ikhlas mendoakan kebahagian kalian bersama orang2 tersayang di dunia dan di akhirat.
Untuk meneruskan kehidupan ini, aku akan cuba untuk hidup seadanya. Aku cuma berdoa, jika benar tiada cinta sesama makhluk untuk aku kecapi, semoga Allah tak melupakan aku dan menganugerahkan kasih dan sayangnya buat aku sebagai bekal sebelum aku kembali bertemuNYA, kekasih yang kekal dan abadi. Amin.
***air mata aku dah terlalu murah sekarang ni, macam langsung tak bernilai....

Sunday, February 20, 2011

Ya Allah...

Ya Allah,
aku tak pernah rasa terhina seperti ini....tabahkanlah hatiku..


Ya Allah,
aku tak pernah minta semua ini terjadi.....redhakanlah hatiku..


Ya Allah,
aku mohon tunjukkanlah aku jalan yang lurus....tenangkanlah hatiku..


Ya Allah,
andai ini kifarah di atas dosa2ku....ampunilah aku


Amin.

Never Forget To Say

For some good reason, I LOVE this song so much....





May we "never forget to say" till the end of our live.