Sunday, March 6, 2011

Untuk awak...

Awak...
Saya sangat teringat pada awak sekarang ni...

Awak...
Saya tahu yang awak tahu apa saya rasa,
Cuma saya tak tahu kenapa awak buat macam tak tahu...

Awak...
Saya dah cuba elakkan,
Tapi tetap juga berlaku,
Saya anggap ini takdirNYA...

Awak...
Saya dah cuba mendidik hati saya,
Tapi ianya terlalu degil,
Tetap tak nak dengar apa minda kata,
Akhirnya saya pasrah...

Awak...
Saya tahu kekurangan diri,
Saya tak pernah lupa yang saya tak layak,
Sebab itu saya tak pernah ada keberanian,
Mengatakan apa yang sepatunya dikatakan,
Meluahkan apa yang terpendam,
Kerana saya tak kuat menerima penolakkan...

Awak...
Saya tak pasti mengapa kita dipertemukan,
Tapi saya yakin, ini kemahuan Allah,
Pasti Allah ada rencanaNya sendiri,
Mungkin Allah mahu kita mempelajari sesuatu,
Dan saya anggap ni adalah ujianNya buat saya,
Saya sedang mencari kekuatan untuk hadapinya...

Awak...
Walau apa pun terjadi selepas ini,
Saya nak awak tahu,
Saya dah terlanjur sukakan awak,
Kalaupun awak tak pernah ada rasa yang sama,
Tapi saya sangat menghargai apa yang terjadi di antara kita,
Saya akan jadikan semua itu kenangan terindah dalam hidup saya,
Kenangan yang akan saya simpan sampai bila2...

Awak...
Saya nak awak tahu,
Apa saja yang telah dan akan saya lakukan,
Saya lakukannya dengan ikhlas,
Saya tak pernah harapkan balasan,
Saya nak awak sentiasa gembira dan bahagia,
Saya akan sentiasa doakan kebahagian dan keselamatan awak,
Walau di mana awak berada,
Baik di dunia mahupun di akhirat...

Awak...
Awak kata saya kawan awak,
Tapi awak tak pernah layan saya macam kawan lain,
Awak selalu buat saya rasa istimewa,
Saya terlalu bahagia bila kita bertemu,
Tapi, kalau itu bukan niat awak,
Saya sentiasa maafkan awak,
Sebab, apa yang saya rasa bukannya salah awak,
Sebaliknya, saya ucapkan terima kasih,
Kerana awak pernah membuatkan saya rasa bahagia,
Dan saya minta maaf kerana tersalah sangka...

Awak...
Andai sampai masa nanti,
Bila awak ingin tinggalkan saya,
Saya mohon,
Sebelum awak pergi,
Ucapkanlah selamat tinggal,
Agak saya tak terus mengejar bayang2 awak...

Awak...
Awak tahu tak????

No comments: