Lately, aku rasa hidup aku macam dalam dunia khayalan saja....langsung tak berpijak di bumi nyata. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang pandai nak luahkan perasaan atau apa yang aku rasa. This is my first try ever!!
Sometimes aku dah jadi manusia hipokrit!! Aku ketawa, tapi pada ketika itu aku sebenarnya nak menangis. Aku tersenyum dengan lebar, pada hal aku ingin sangat nak kerutkan muka masa tu.
Sekarang ni aku rasa telah kehilangan sesuatu, sedangkan apa yang aku hilang tu tak pernah pun jadi hak milik aku. Macam mana nak rasa kehilangan kalau bukan hak milik kita?????
Aku tak pernah berada keseorangan kerana hidup aku sentiasa dikelilingi oleh keluarga, teman2 dan juga orang ramai bila kerja. Tapi aku selalu rasa kesepian dan keseorangan. Aku tak punya sesiapa untuk berkongsi.
Kadang2 aku cemburu dengan anugerah Allah kepada orang lain. Tapi aku cuba bertahan kerana aku pasti Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Apa hak aku untuk ada rasa cemburu???? Semuanya hak milik mutlak Allah SWT. Itu hakNYA untuk anugerahkan apa saja kepada hambaNYA.
Aku juga dah terlalu kerap mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba Allah, anak kepada ibu bapa, pekerja kepada majikan dan juga pelajar kepada diri aku sendiri.
Sebagai hamba Allah, aku sering leka dan alpa malah kadang2 meringankan apa yang sepatutnya diberatkan. Ya Allah, aku amat berdosa. Ampunkanlah dosa2 aku ya Allah. Aku sering meminta hajatku padamu tapi aku tak menunaikan hakMU dengan sempurna.
Mak dan abah, aku sayangkan kalian tapi masalah demi masalah yang melanda buatkan aku tak mampu nak luahkan rasa sayang tu. Aku sebenarnya amat cemburu melihatkan kemesraan orang lain dengan ibubapa masing2. Aku tak pernah dapat merasakan kemesraan macam tu. Luaran nampak macam aku tak kekurangan apa2 dlm hidup ni. Tapi hakikatnya aku lah manusia yang tak punya apa2. Tapi ketahuilah bahawa aku tetap sayangkan mak dan abah sampai akhir hayat aku nanti.
Aku juga rasa berdosa sebagai seorang pekerja. Aku dah semakin lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku. Aku sedar ini ada kaitan dengan rezeki yang aku perolehi tapi aku sendiri dah tak mampu nak didik diri sendiri.
Aku kembali sebagai pelajar atas kemahuan aku sendiri. Tak pernah ada sesiapa yang paksa. Tapi dari sehari ke sehari aku makin lalai dengan tanggungjawab ni. Aku hanya tunaikan tanggungjawab aku secara ala kadar. Ya, aku dah hampir ke garisan penamat, tapi aku makin tersasar arah ke tempat penamat itu. Aku cuma berdoa yang aku tetap diizinkan Allah SWT untuk mencecah garisan penamat tu. Amin.
Ada sesuatu lagi yang aku terasa amat ingin aku luahkan. Hidup aku amat sepi dan sunyi. Aku tak punya seseorang untuk disayangi dan menyayangi. Zahirnya nampak macam aku tak kisah dan happy dengan hidup aku tapi hakikatnya Allah saja yang tahu. Aku memohon maaf kepada mereka yang aku berbohong bila mengatakan yang aku tak kisah hidup sendiri. Sebagai seorang manusia biasa, aku terlalu ingin menyayangi dan disayangi. Tapi sampai sekarang tiada seorang pun yang sudi. Aku dah selalu sangat kecewa dan aku dah tak tahu lagi apa rasa kecewa tu boleh lakukan pada diri aku. Anugerah Allah yang satu ini amat mahal untuk aku kecapi. Mungkin Allah telah mentakdirkan aku untuk menyayangi tapi bukan disayangi. Sehingga hari ini sebenarnya aku masih tercari2 hikmah Allah atas semua yang berlaku.
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah membuatkan aku rasa bahagia walaupun cuma untuk sedetik. Seusai solat aku tak pernah lupa menitipkan doa buat kalian. Aku ikhlas mendoakan kebahagian kalian bersama orang2 tersayang di dunia dan di akhirat.
Untuk meneruskan kehidupan ini, aku akan cuba untuk hidup seadanya. Aku cuma berdoa, jika benar tiada cinta sesama makhluk untuk aku kecapi, semoga Allah tak melupakan aku dan menganugerahkan kasih dan sayangnya buat aku sebagai bekal sebelum aku kembali bertemuNYA, kekasih yang kekal dan abadi. Amin.
***air mata aku dah terlalu murah sekarang ni, macam langsung tak bernilai....
No comments:
Post a Comment