Sunday, September 21, 2008

Nur Diena Hanany...

"Diena"


Diena ni sebenarnya anak kakak aku yg bongsu...actually dia baru je umur 3 tahun lebih tapi disebabkan fizikal dia, ramai orang akan ingat dia dah umur 5 tahun. Tambah pula dia memang petah@pandai cakap sampaikan kita terlupa yg sebenarnya dia baru umur 3 tahun 4 bulan..

Dia selalu cakap nak pi sekolah...dan sekolah yang dia tau tentulah sek abang dgn kakak dia iaitu "Sek Keb Tasek Apung" dekat Sungai Petani ni...ada sekali tu dia nak sangat pi sek ni...so, my sister pun cakap lah.."Diena kecik lagi.." tau dia jawab apa?? "Diena dah tinggi la umi.."...hahahahah

So, sekarang ni kalau ada apa2 yg dia nak buat tapi tak sesuai ngan umur dia, kita org akan cakap "Diena ni badan dah besaq tapi umur kecik lagi.." dan nampaknya dia boleh faham la..;-)

Disebabkan my sister kerja, Diena akan tinggal kat rumah dgn pengasuh dia yg dia panggil "nanny", ala2 cerita "Nanny" tu la...and of course nanny tu from indonesia la kan...disebabkan dah selalu berkomunikasi dengan pengasuh dia, so Diena pun dah terikut2 cakap indon pula...

Kalau Diena cakap tu dah boleh la dengar dia sebut "bisa" instead of "tidak" or "punya Diena" yg mana selalunya kita sebut "Diena punya" dan yg paling tak dapat nak terima, ada sekali tu dia dah sebut "polisi" untuk "polis"!!!!

Tapi yg paling lawak sekali, kelmarin aku tanya dia.."Diena puasa tak hari ni?"

Selamba je dia jawab "tak puasa...umur Diena kecik lagi"..ha..ha..ha..kena sebijik balik!!!
.
.
.
.
.

2 comments:

kak ja said...

Agaknya org yg nama Hanany mmg mcm ni.. otak dia lain mcm skit.. Adik (nama dia Afiqah Hanani) pun sejak umur 3 thn lagu dah minta nak skolah.. That's y umur dia baru 3+ kja dah antaq dia masuk satu tadika Cina.. balik dok cong ceng cong ceng kat kja...

mazddaud said...

Ha..ha..ha..saya setuju sangat Kak Ja...si Diena ni pun rasanya ada iras2 Adik (Afiqah Hanani) juga...kekadang tu bijak terlebih, sampai tak terlayan....:)

ps: abg so'od dah insaf gamaknya no...anyway, welcome back kak ja..