Monday, February 9, 2009

7 February 2009...

7 Feb 2009 membawa pengertian yang amat bermakna buat kedua-dua orang adik aku yang tersayang...


Ija @ Mazliza,




Hari ini merupakan hari lahir Ija yang ke-25. Kami dah rancang macam2 nak buat, sebab dia pun dah lama tak balik kampung.....Ija tinggal di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, N9 sebenarnya...

6 Feb, pukul 2:30 pagi dia baru sampai di rumah dan akan bercuti sampai Isnin, 9 Feb. Dalam dok rancang macam2, lebih kurang pukul 11 pagi tetiba dia dipanggil balik melapor diri sebelum pukul 3 ptg, 7 Feb.....alahai, kesiannya adik aku!!....tapi nak buat macam mana kan...."tanggungjawab untuk negara" perlu diutamakan....

Jadi tak sampai 24 jam la dia kat rumah dah balik semula ke Gemas....(sedih sungguh!) dan kali pertama juga dia balik Gemas naik keretapi....12 jam baru sampai!

Akhirnya, dia sambut birthday sorang2 kat atas keretapi.....sedih!!!

Anyway, "Happy Birthday Kapt.Ija"....semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh....hehehehehehe



Adik @ Mohd Kamarul Izuwan,



7 Feb 09 juga dah jadi hari yang cukup bersejarah buat adik aku yang bongsu ni....dia ditunangkan dengan girlfriend tersayang dia.....ha ha ha ha...ini dah dikira langkah "tembok" ni, 2 org kakak yg tak kahwin lagi...hehehehe

Ini di antara hantaran yg pihak kami sediakan...


"Hasil kerja tangan my sis in law yg sulung...."







" Yg ini semua pula hasil keras tangan aku, ija dan sorang lagi kakak ipar"




"Mak tengah sarung cincin kepada bakal menantu...yg tgh tu my eldest sister"




"My kakak ipar & my bakal adik ipar"




"Hantaran balas daripada pihak perempuan"



Apa2 pun aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kedua2 adik tersayang ni......semoga sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat....Amin.
.
.
.

No comments: