Minggu depan jika dipanjangkan umur InsyaAllah kita akan menyambut kedatangan Syawal. Bulan kemenangan bagi mereka yang telah berjaya menyempurnakan tanggungjawab di bulan Ramadhan ( tapi ada juga yang "ter"lebih menyambut Syawal berbanding Ramadhan...hehehe)...
Untuk tahun ini kami semua adik beradik dah berpakat nak bercuti selepas hari raya ke-3 atau ke-4. Saya akan bercuti hari raya pertama, kerja hari raya ke-2 dan sambung balik bercuti. Tahun ini juga kali pertama adik saya Kapten Mazliza akan bertugas di hari raya pertama [tak mau sedih2 tau..:-)]...bertugas demi Bangsa, Agama dan Negara (walaupun duduk kat pejabat je..:p), yang penting tetap kerjakan, menunaikan fardhu kifayah tu...:-)
Sebenarnya minggu ni macam-macam terjadi pada saya. Salah satunya kena admitted di KPJ Penang Specialist ["check in" kat sana 3 hari 2 malam...:-)] . Sempat la rasa berbuka dan bersahur di hospital dan terima kasih teramat sangat saya ucapkan pada teman yang prihatin dengan keadaan saya semasa di hospital. (jasa yang saya tak akan pernah lupakan...."budi baik dikenang sampai mati"..) hanya Allah SWT sajalah yang dapat membalas....:-)
Sekarang ni saya masih lagi bercuti sakit (MC)tapi takde la lepak je...banyak juga benda yang perlu diselesaikan. Insya Allah akan mula bekerja balik pada hari Isnin,
6 September 2010. Harap-harap saya dah betul-betul sihat masa tu nanti....amin...
***tengah risau ni sebenarnya...sabtu nanti ada final test untuk subjek QMT..tolong doakan saya..:-)***
No comments:
Post a Comment