Saturday, December 11, 2010

TIDAK BERKATA BENAR.....

Salah satu alasan kita "tidak berkata benar" adalah tidak mahu menyakitkan HATI pihak yang satu lagi...

Tapi jarang kita sedar yang apabila pihak satu lagi tahu kebenarannya, ini bertambah-tambah melukakan HATInya....

Jadi, "BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA MENYAKITKAN"....



"Tidak berkata benar" merupakan satu sifat MAZMUMAH....

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Salam...

Hari ini, kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Saya kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang ini (Isnin, 06 Dec 2010).


Sesuatu yang saya rasa baik untuk kita kongsi sama2....sambil2 tu kita renung2kanlah apa yg telah kita perbuat dengan "umur" setahun lepas yang telah Allah SWT pinjamkan kepada kita...;-)

Semoga kita telah melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun hadapan...InsyaALLAH.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Semoga hidup kita semua sentiasa diberkati dan dirahmatiNYA...amin.

Saturday, December 4, 2010

2010

Ya Allah...banyak sungguh dugaan dan cabaran untuk tahun 2010 ni...namun lagi tak terhitung banyaknya rahmat dan kasih sayang daripadaNYA.

Tapi aku yakin dugaan ini sebenarnya untuk menjadikan aku lebih kuat dan tabah. So far, Alhamdulillah....semua dugaan dapat dilalui dengan bantuan Allah SWT..........Ar-Rahman.....Ar-Rahim.

2010 juga ada banyak kenangan2 manis untuk dikenang...:-)

Bertemu dengan insan2 baru yang hebat dan menambahkan warna dalam hidup aku...terima kasih ya!!!

Kenangan di bumi China, Hong Kong dan South Africa.....pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup...:D

Ya Allah....aku amat2 berterima kasih dan bersyukur atas semua limpah kurnia dan kasih sayangmu....Alhamdulillah...


2011>>>>>>>>>>I PRAY FOR THE BEST BUT PREPARE FOR THE WORST<<<<<<<<<<<<<<<<<<2011