Sunday, August 29, 2010

Time To say Good Bye...Life Still goes On..

If You're Not The One

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my *******?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms?


***It had been 10 years and I just know the time has arrive for me to say good bye...will always pray for your happiness and I know you will just do the same thing for me...***

First and foremost I need to do is, remove this song from my caller ringtone after 5 years I'm using the same tone...(how stupid I am!!)...ha ha ha

Menggamit Syawal...Melambai Ramadhan

isshhh...tetiba rasa tajuk macam dah boleh jadi tajuk novel la plak...ha ha ha

Dalam kekalutan kita menjalani hidup sehari2, sedar tak sedar dah hampir 2/3 bulan Ramadhan kita lalui. Macam mana "KPI" kita semua pada Ramadhan kali ini??...;-)

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini...InsyaAllah.

Bila Syawal makin menjelmakan diri, ramai yang mula meminggirkan Ramadhan...:(
Masjid yang dulunya meriah, sekarang makin suram....ramai yang mula sibuk bershopping, kemas rumah, buat kuih raya dan 1001 macam "sibuk"lah lagi...hanya segelintir saja yang masih bersemangat mengimarahkan masjid dan surau...

Ingatan buat diri saya dan teman2 semua yang dikasihi:-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.


***Semoga kita sentiasa diberi taufik dan hidayah olehNYA...amin***

Saturday, August 28, 2010

18 Ramadhan 1431...

Salam,

Hari ini dah masuk hari ke-18 Ramadhan. Rasa sedih sangat bila kenangkan betapa cepatnya Ramadhan berlalu. Masih banyak perkara yang saya masih belum sempat buat walaupun dah ada niat sejak awal Ramadhan lagi...[niat ni biar saya kongsi dengan Allah SWT cukuplah...:-)]

Semalam berkesempatan berbuka di luar dengan Adik, Ju dan baby Iman. Niat nak berbuka di Pizza Hut, Jusco Perda. Termakbul juga la niat tu walaupun sebelum tu terpaksa berbuka dengan gula2 dan mineral water je disebabkan orang yang terlampau ramai..;-)

Lepas solat Maghrib ingat dah kurang orang, masya Allah...bertambah ramai lagi ada. Memandangkan dah pukul 8:30 malam dan perut pun dok nyanyi dah masuk juga la Pizza Hut tu....dan disinilah kisah bermula...jeng...jeng...jeng...:-)

Pizza Hut ni nampak macam tak cukup staff sangat2. Oklah, tak kisah..kami bersihkan meja sendiri (hari2 dok buat benda ni kan dan faham sangat keadaan yang dihadapi)




Tunggu nak dekat 20 minit, takde yang mai ambil order lagi...sabar dulu, sambil2 tu dok tekan2 juga la butang "call for service"....hehehe




Di pendekkan cerita, lepas dah sejam dapat la sikit demi sikit apa yang kami pesan (pesan 4 ketul chicken wing pun dapat 2 ketul setiap kali hantar!!), hantar sup, tunggu 5 minit baru dapat sudu!!! . Satu hantar habis makan...hantar lagi habis lagi makan...lapar maaaaaaa..baby Iman pun dah mengamuk...boring kot...ha ha ha



Dapat makanan yg dihantar, tengok2 piring sumbing...adoiii...bahaya kalau kena jari tau....



Yang paling best, set yang kami pesan tu patutnya ada 2 regular pizza, tapi sampai ke sudah dapat satu je.....

Geram memang geram, tapi memandangkan baru je buka puasa sabor je lah....cuma "sound" sikit la kat manager dia...bukan marah ye....ha ha ha
Disebabkan kami tak dapat pun satu lagi pizza, manager tadi dengan murah hati telah menolak 1/3 daripada harga set untuk 4 orang + chicken wings yang kami pesan....kesimpulannya, harga makanan yang kami makan semalam tak sampai 50 hengget...hehehe

Oklah, saya nak kena bersiap untuk gi kelas dah ni...kawan nak tumpang sebab husband dia tak dapat hantar. Nak pi pick up dia kat Taman Pauh Jaya.


***Lagi 2x kelas QMT ni nak habis....ya Allah, dah tak tahan la dengan kelas ni....lain kalilah cerita...;-)*****

Friday, August 27, 2010

Salam....bertemu kembali...


MasyaAllah, dah terlalu lama rupanya saya tinggalkan blog ni. Ibarat rumah usang yang tak berpenghuni...takut ada benda lain yg menumpang...ha ha ha (merepek lebih!!)

Sebenarnya saya rindu sangat arena blog ni sebab tak semua benda dapat diluahkan di tempat lain...(Facebook??...hmmmm)...hanya blog saja yang sesuai....:-)

Dunia blog ni banyak menemukan saya dengan insan2 hebat di luar sana seperti "ANDA". Saya amat menghargai kesempatan yg dianugerah oleh Allah SWT ini terutama sekali anugerahNYA yg memungkinkan saya untuk mengenal huruf...dengan anugerah ini banyak ilmu yang kita dapat (harap2 yg bermanfaat la kan...)cuma bergantung atas kemahuan kita saja...nak seribu daya...kalau dah tak nak tu, sejuta dalih pun boleh bagi...:-)

Sibuk??? Selagi nama manusia tak akan pernah ada waktu...cuba cakap pada diri kita sendiri..."saya ada banyak masa terluang hari ni" InsyaAllah, kita akan dipinjamkan masa yang cukup olehNya...:-)

Rasanya cukuplah dulu sebagai langkah pertama kembali di arena blog...biar bertatih dahulu baru berlari..:-)