Sunday, August 29, 2010

Menggamit Syawal...Melambai Ramadhan

isshhh...tetiba rasa tajuk macam dah boleh jadi tajuk novel la plak...ha ha ha

Dalam kekalutan kita menjalani hidup sehari2, sedar tak sedar dah hampir 2/3 bulan Ramadhan kita lalui. Macam mana "KPI" kita semua pada Ramadhan kali ini??...;-)

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini...InsyaAllah.

Bila Syawal makin menjelmakan diri, ramai yang mula meminggirkan Ramadhan...:(
Masjid yang dulunya meriah, sekarang makin suram....ramai yang mula sibuk bershopping, kemas rumah, buat kuih raya dan 1001 macam "sibuk"lah lagi...hanya segelintir saja yang masih bersemangat mengimarahkan masjid dan surau...

Ingatan buat diri saya dan teman2 semua yang dikasihi:-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.


***Semoga kita sentiasa diberi taufik dan hidayah olehNYA...amin***

No comments: