
Tadi saya berkesempatan menonton rancangan nona episod 30 / 27 Julai 2008. Episod kali ini membincangkan tentang "nama" seseorang. For me it's very interesting topic. Boleh dikatakan setiap seorang daripada kita mempunyai sejarah kenapa dan bagaimana dinamakan sedemikian.
Ada satu keluarga itu menamakan anak2 mereka berdasarkan nama bandar seperti Esfahan dan Madinah. Isshh...tak dapat nak dibayangkan bila mereka ini memperkenalkan diri dan kebetulan pula masa itu mereka berada di bandar tersebut...:)
Pelakon terkenal, Tan Sri Jins Samsudin menamakan anak2 dia sebagai Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim....just imagine kalau this fellow memperkenalkan diri macam ni..." Hi, saya Jebat anak Jins..."....well, very interesting and unique right..?
Ada juga orang yang mempunyai nama yang sepatutnya dinamakan kepada kaum yang berlawanan jenis. My neighbours ada nama Norain and Rozi but they're man and Firdaus, but women....
Nama orang dulu2 banyak yang unik dan kadangkala agak melucukan. Ini banyak terjadi kerana pada masa itu setiap kelahiran didaftarkan di Balai Polis dan bila abang2 polis ni tersilap ejaan maka muncul la pelbagai nama. One of my aunty, should be "Zauyah" but disebabkan tersalah ejaan, dah jadi "Doyah".
Well, nama seperti Syawal, Aidil Fitri, Aidil Adha, Rabu, Khamis pula, kita sendiri dapat mengagak sebab2 mereka mempunyai nama tu kan..
Kenapa saya dinamakan "Mazlina" juga ada sejarahnya....heheheh...it's start with my sister's name "Mazlifa" sempena nama tempat "Mudzalifah" and my name sempena nama tempat "Mina" (he..he..he..nasib baik tak letak Minah...) and to make it sound alike my youngest sister is "Mazliza". Our names only different by one alphabet. My youngest sister always complain, orang selalu panggil dia as "Mazlina"....nama buat macam mana kan..nama Mazlina lagi famous....he..he..he...and another thing is all of us are called "Maz" at workplace....so, when phone ringing at our home and ask for "Maz"...we have to ask which "Maz".....my brothers juga dinamakan dengan nama yang hampir sama......Mohd Kamal and Mohd Kamil....:)
Saya kurang setuju kalau ada pendapat yang mengatakan "apa ada pada nama" sebab, nama itu akan digunakan sepanjang hayat dan dipanggil berulang kali dan ini dah jadi semacam doa..(di akhirat nanti akan dibangunkan dan dipanggil dengan nama yang sama di dunia!)..namun, saya tetap bersetuju hanya dengan didikan sajalah yang akan mencorakkan seseorang itu walau dinamakan dengan apa nama sekalipun......kerana seseorang itu tidak akan menjadi seperti Abu Bakar (selalu ditukar menjadi "Burn") dan Siti Khatijah (kerap jadi "Khaty") antara insan2 yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad SAW hanya kerana mereka dinamakan dengan nama yang sama.
So, my friends if any of you've got interesting story about "name" maybe we can share...:)