Saturday, November 29, 2008

n3 malas...

gambar ciluk dari tenet (mcm kak ja slalu kata..heheheheeh)


Minggu ni saya tak ada cerita...jadi apa kata kita layan cerita merapu ni....hehehehe


Tajuk : Bila nak abis ni????


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi

aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan

outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,

jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,

jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde

kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa

bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah

membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama

untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene

pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi

uruskan semuanya


Hahaa..penat aku nk tulis lg ni wei.....(copy paste je sebenarnye...hehehe)


saja je merapu...release tension hujung bulan...

Sunday, November 23, 2008

Al-Fatihah.....

Akhirnya Nik Zaima Nik Aziz kembali ke Rahmatullah pada 22 November 2008, pukul 4 petang di ICU PPUM akibat daripada "meningioencephalitis".

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman.


***saya akan sentiasa mengenang Zaima sebagai seorang sahabat yang cukup istimewa, ......"yang patah takkan tumbuh lagi" dan "yang hilang juga takkan berganti"...

Al-Fatihah..

Wednesday, November 19, 2008

Tolong doakan ye....

Saya baru saja dapat berita yang sahabat saya Nik Zaima Nik Aziz sedang koma di Hospital Universiti Petaling Jaya. Menurut doktor, ini disebabkan oleh air daripada "public swimming pool" di Shah Alam. (ini apa yang adik dia beritahu)

Saya dah kenal dia sejak dari Sek Men Sultan Abdul Halim, Matrikulasi UUM dan sampai habis belajar di UUM.

Saya dan Zaima juga sama-sama dalam Palapes.

Tolong doakan sahabat saya ni ye....

Thursday, November 13, 2008

Motive......







My beloved friend email this pictures to me.....I try to figure out what is the motive actually????

My Head Spinning........



This ice blended coffee cause my head spinning like "gasing" now...huhuhuhuh
The story goes like this...yesterday, after meeting, me and my friends went to "shopping...shopping" at Sunshine Square. Then we decided to have "something" at the OldTown White Coffee, "kopitiam". Actually, this is my first time there...I ordered the OldTown White Coffee Ice Blended with Hazelnut....I love the smell of coffee even I always had bad experience with caffeine! Finally, this is what I got....my head "spinning" from last night until now.....but I don't regret since the ice blended taste marvellous!!





I also had this, Ipoh Chicken Hor Fun. Not bad but I don't really like it since I prefer something spicy....


I already consumed the "Panadol Active Fast"....hopefully, I will feel better this evening.....:(
.
.
.

Monday, November 10, 2008

Tagged by Josh!!!

Disebabkan tak nak dapat nama Dollah, maka diusahakan juga buat tag ni......hehehehe


Rules of the tag.
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this



Nasib baik la masa menjenguk ke blog Josh tu dah "siap" dan tengah tunggu my mum je untuk keluar....kalau tak "harus" gambar yg tak sepatutnya keluar nanti...hehehehe

Alamak!!!....sorry ye Josh tak dapat nak ambik gambar ngan burger as you wish.....kat rumah la pulak time tu....next time ye...

Rules no 5 tak boleh la nak buat...tak berani!!!!! kang ada yang kena kejar ngan parang kontot....hihihihih

Thursday, November 6, 2008

My Day.....

Today is my last day of 5 days annual leave...."dah abis 5 hari...cepatnya"???? Apa yang dah buat 5 hari lepas???


Day 1 - Betul2 lepak kat rumah...mana pun tak pergi....


Day 2 - Pergi Sungai Petani buat treatment rambut....mula2 tu nak cuci dan potong je....tapi lepas amoi2 tu pujuk, oklah buat treatment sekali....sesungguhnya aku insan yang lemah dengan pujukan...hehehehe





Like this place sebab dia ada special section for "Muslimah"....






Interior dia pun cantik dan selesa...


After that pergi spa pulak....cehhh, hari memanjakan diri sebenarnya ni...tempat dia biasa2 je....akak tu just buat kat rumah...but the service quite good....sibuk buat facial sampai tak sempat ambil gambar...heheheheeh

Overnight kat rumah my sis kat Sungai Petani...


Day 3 - Balik dari SP, singgah bawa my mum beli ikan yang fresh naik dari laut kat Teluk Air Tawar...harga lebih kurang je dengan kat "market", but fresh tu yang penting....


Day 4 - Siang lepak je kat rumah...malam keluar gi shopping sorang2 kat Tesco Seberang Jaya and singgah jumpa my friend ex-manager McD yang sekarang buka kiosk kat Tesco tu...dapat makan rojak free, dia belanja....hehehehe


Day 5 - Siang lepak lagi kat rumah...malam ikut my brother dengan girlfriend dia gi shopping...nasib la kan, tak ada boyfriend...at least boleh gak jadi pegawai pencegah maksiat...hehehehe
Jalan sampai 4 jam...at last cuma beli satu beg je...hampeh sungguh...


5 hari, rasa macam 5 jam je....malasnya nak kerja!!!!!Dah tu esok masuk kerja pukul 7am....huhuhuhuhuhhu

Wednesday, November 5, 2008

Cartoons..........

Ini adalah di antara favourite "cartoons" masa sekolah rendah dulu.......


"Popeye"

Dulu kalau mana2 budak pompuan yg kurus semua dipanggil bini "popeye"...heheheheh




"Thundercats"

Masa gila tengok cerita thundercats ni...semua benda kalau boleh nak buat cam pedang dia tu......



"HE-Man"

Masa darjah 6 dulu ada satu pertandingan mengumpul derma di sekolah.....my team menang dan hadiahnya adalah patung "Tiger" daripada cerita "He-Man" ni...isshhhh (tapi masa tu seronok sakan!!!!!...heheheh)



"Transformers"

Yang glamour masa ni dah tentu la "Optimus Prime".....masa ni kalau ada robot yg boleh lipat2, tukar jadi lori dah kira "riak" gila la dgn kawan2.....tapi "Transfomers the Movie" yg baru2 ni tak minat la pulak...ramai org cakap best, so cuba la nak tgk DVD, baru pertengahan cerita dah tertidoq...3x cuba tak boleh juga nak tgk sampai habis.....


Dulu2 tak ada Astro lagi, kalau nak tengok cerita kartun ni semua kena tunggu kat tv lah kan.....dah tu cerita kartun ada waktu petang je dan biasanya pukul 4:30 petang ke atas. Masa darjah 2 & 3 kena sekolah petang........ishhh kalau boleh tak nak pi sekolah!!


Tapi rasanya kartun kat tv sekarang ni cam tak best la.........