Saturday, May 31, 2008

macam....macam...

Aduhai.....malas nye nak gi kerja ni..ishh..kalau duit boleh tumbuh cam pokok kan best....nak berapa keping, petik je daun tu...masaalahnye dalam mimpi pun tak pernah jadi...he..he..
Sepanjang kerja di McD..tak pernah nak cuti setiap ujung bulan....setiap "hari" terakhir ni, boleh pecah kepala dibuatnye...mana nak kira inventory....mana nak close p&l....tensionnye!!!
Bab kira inventory ni lah paling kureng minat....every single product, food and paper nak kena kira.....tak faham sungguh...pernah masa mula2 kerja dulu tu, siap kena "bully" lagi...kena kira chillie packet and ketchup packet....every single piece!!! one case 1800pc....let say case tu plak just open....ada plak crew yg lurus bendul....ambil skit tak rekod.....waaaaaaaa.....2 @ 3 jam la kira benda tu je......alahai....bosannya cerita kerja ni.....nak cerita apa yek????
Oklah, rasa nak cerita benda serious sikit la......actually, 2 @ 3 hari kebelakangan nie dalam kepala asyik pikiaq pasal one of my friends......kalau nak dikatakan this is totally my problems tak juga, but memandangkan this is related to "agama" rasa2nya ada bahagiannya juga kot...
Actually, kita orang dua ni tak la lama sangat kenal...around one year je...she is chinese...dalam tu tau la juga yang dia ada boyfriend melayu....dia dah kawan dgn this guy about 6 yrs kalau tak silap.....
Baru2 ni dia ada cakap yg diaorang dah nak kahwin.....early next year...hotel semua dah tempahpun....nak kahwin dengan org melayu....mestilah beragama islamkan....so, dengan penuh bersemangat i asked her....."bila you nak convert to muslim".....jawapan yg dia bagi betul2 membuatkan ku terkedu....."i nak convert after chinese new year....i nak makan puas2 (non halal food) sebelum tu..." masya allah....i really don't know what to say.....try gak tanya, apa yg dia tau tentang islam.....zero!!!
Tetiba teringat plak satu kes murtad yang dibenarkan oleh mahkamah kat penang bebaru ni.....this chinese lady minta nak murtad selepas husband dia tinggalkan dia.....one of the reasons yg dia bagi.....dia tak pernah mengikut cara hidup islam walaupun dah peluk islam....masih menyembah berhala dan makan b*b*......
Entahlah dunia sekarang.....for my friend case, i never blame her.....bahkan rasa kesian sangat ngan dia.....so far i know her, dia memang baik and very nice person....memang tak salah kalau dia tak tau apa2 lagi, tapi entahlah......tetiba rasa cam bertanggungjawab la pulak....but i'm also not very sure what to do....ilmu yg ada pun tak berapa nak cukup...cam mana nak bimbing org lain.....
Baru2 ni pun ada sorang lagi my friends....yang ni dah confirm melayu dan beragama islam (perempuan!!!)....bagi dia, arak tu dah macam ayaq sejuk!!!......bila dengaq benda2 ni semua, seram sejuk pun ada...tah apa nak jadi dengan masa depan anak2 melayu yang dah tentu beragama islam ni....kalau yang dah dilahirkan sebagai org islam ni pun dah macam2 cerita....apa sangat yg kita boleh harapkan daripada mereka yang baru nak kenal islam dan kurang bimbingan pulak tu.......entahlah....macam....macam...

Thursday, May 29, 2008

alahai laptop ku.....

ahhhh...tensionnya, sakitnya hati, sedihnya, membara (pinjam bara kja ni..hi..hi..) dan semua yang seangkatan dengannya lah.......


alkisahnya......setelah bersusah payah dan juga puas bermimpi...he..he..heee..akhirnya niat untuk membeli laptop tercapai juga akhirnya.....(alhamdulillah).....tak kisahlah walau tak secanggih mana asalkan "spec" nya boleh tahan, dah cukup puas hati........masa baru beli last week...hmmmm kemain lagi melayan my new "toys" ni.......sakan punya install mcm2...biasalakan barang baru.!!..sorry la.. dah tak berapa nak nampak desktop yang lama tu..bukan takat tu je...siap offer to my brother.. kalau2 dia nak desktop tu ambil la.....ishhhh...ishhhh.....org melayu mudah lupa....aku seorg melayu...kesimpulannya aku mudah lupa.....waaaaaaaaaaaa!!!!!


itu la....org2 lama (i'm using "lama" bukan "t*a" ok...hi..hi..) selalu pesan, kalau ada barang baru jgn lupa barang lama...tak ada yg lama..takkan ada yg baru...."this sentence can apply on any occasion and free to interpret in any way"..ha..ha..ha..


yesterday...masa nak on my laptop, i noticed something......why my laptop lembab sesangat ni....walaupun tak sepantas "cahaya" (borrow this word...hi..hi..) sebelum ni, tapi tak ada la selaju kura2 cam ni....tgk punya tgk, klebek punya klebek.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! my laptop dah kena virus!!! oh tidak........ada anti virus pun hampeh.....


dah la tuan punya laptop ni kurang celik tentang komputer.....when i asked my little bro..he said, "install balik la..senang sikit"...waaaaaaa!!!! abisla semua usaha keras selama seminggu "menginstall"segala macam dalam laptop tu.....ish...ish...until now my laptop masih tersadai di situ...baru siap separuh jalan...coz my bro sesangat busy this week...pasrah je lah...


now, time utk cari balik my desktop (sayang dia!!!)..nasib baik my big bro belum angkut balik umah dia..kalau tak nga..nga...la di umah...nak access internet cam mana??


so, as a tribute to my "dear" desktop, i put the picture here....he...he...he...


















inilah desktop yg telah byk berjasa...dan..dan..he..he..he...

Monday, May 26, 2008

McDonald's..macam2 ada..

customer..?? mean a lot right..setiap kerja ada "customer" dia sendiri. customer is always right!!! i don't like this statement....everyday macam-macam ragam customer yang boleh jumpa di McD ni....my store (at McD we call it store not restaurant...bukan store simpan barang tau!) got one gelaran for those "fussy" customer....my crew called them as "jinjang". ada sesetengah customer yang nak beli satu ice cream je pun yang berharga RM1 diulang RM1..tapi cerewetnya mengalahkan nak beli kereta...sakitnya hati rasa cam nak cekik2 ....dlm hati je!(tapi maintain senyum...he..he..Operator)!!! yes..i know they're customer tapi bab cerewet tu agak-agak la...

i'm sure nowdays, everybody sure pernah step in to the fast food restaurant kan?? ini dah jadi gaya hidup sekarang...and don't be surprised , 4 years kids can order their own meal ok! siap boleh minta grill/special request....i don't want pickles in my burger! ish..ish..budak2 sekarang...

teringat masa zaman sekolah dulu..( rasanye dalam cita2 tak pernah pula ada nak kerja di McD..he.he..) kalau dapat makan di McD masa outing..(bebudak yg duduk asrama) amboi! bangganya nak cerita kat kengkawan....my favourite burger masa tu filet o fish (sebenarnya itu je la burger yang reti order masa tu!!Big Smile)

sekarang ni, semenjak dah jadi kaki dan tangan McD, bagi free pun dah tak berapa nak tengok sebelah mata...he..he..he..


Thursday, May 15, 2008

Management Dinner #158 & #66






yeahhh....again, we had management dinner. this is for 2nd qtr......but make sure we produce result first.....go for gold...perfect 10....what more?? don't forget perfect execution!!!!

this time #158 McD Gurney Plaza combined with #66 McD Midlands. Ok loh...ramai2 baru syok! we went to Seoul Garden, Gurney Plaza....he...he..he.. dekat je. we don't want to waste time....boleh enjoy lama sikit, jimat petrol + etc....(actually, we don't know where to go...ha...ha..ha..)

we shop till drop...opps! we ate till drop:) this place suitable for person who really enjoy to eat...pay one time and you can eat whatever your stomach can accept! but warning for whom allergy to seafood....so, our dearest sm, raymond, don't get close to shrimp! but don't worry for those allergy to seafood, they still have chicken and beef.

we ate until everybody surrendered, then we continue our dinner at Coffee Bean...hmmm...most of our stomach can expand one (just like stocking!!)....don't worry!

we had a very great dinner!!! for everybody, this is a sweet time since not always we can sit together and eat. so, no matter what we eat and no matter where we go.....being together is the most greatest one......look for 3rd qtr dinner!




Sunday, May 11, 2008

Cerpen "janji kasih"

To whom accidently read my "cerpen" please feel free to give a comment since this is my first "cerpen" i publish here.....tqvm.

"JANJI KASIH"

Adam merenung wajah anak tunggalnya, Azim dengan penuh perasan kasih dan sayang. Pada wajah anak yang berusia 5 tahun itu ditemui ketenangan abadi. 'Sempatkah aku melihat anak ini dewasa?', hati Adam berbisik penuh kepiluan.
"Abang..."perlahan suara Dahlia kedengaran memecah lamunannya. Serentak dengan itu dirasakan isteri kesayangannya memeluk dia dari belakang. Adam hanya mendiamkan diri dan terus merenung Azim yang kelihatan tidur dengan begitu nyenyak, langsung tidak terganggu dengan kehadiran mereka suami isteri . ' Ahhh...betapa anak ini belum mengerti apa-apa dan masih bersih daripada palitan sebarang dosa', Adam terus berbicara dengan dirinya sendiri.
Perlahan dia berpaling sambil mengengam tangan isteri tercinta. "Lia sekiranya abang pergi dulu...", belum sempat Adam meneruskan kata-katanya, Dahlia dengan pantas menekup mulutnya.
"Mari bang, kita ambil angin di luar. Dah lama rasanya kita tak bersembangkan". Dahlia memimpin tangan suaminya dengan lembut sambil tangan kirinya pantas menutup cermat pintu bilik anak tunggal kesayangan mereka.
Waktu itu jam sudah menghampiri 3 pagi. Pasangan suami isteri itu terus melangkah keluar rumah mereka dan memilih untuk bersantai di atas buaian di penjuru kediaman mereka.
"Sayang, abang mesti katakan juga hal ini, walaupun abang tahu ianya pasti melukakan hati Lia..", Adam seakan-akan tidak sabar lagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya sekian lama. "Abang, Lia tak sanggup kehilangan abang", Dahlia terus menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya.
"Sabar sayang. Kalau Lia tak sanggup berpisah, abang seribu kali lagi tak sanggup...tapi anggaplah ini semua dugaan Allah untuk kita. Sekiranya ini takdir yang tertulis, kita terpaksa merelakannya", dia cuba berlagak tenang dan beusaha sedaya upaya untuk memberi semangat kepada isteri tercinta walaupun hakikatnya semangat dia sendiri telah hilang sejak 6 bulan yang lalu apabila doktor mengesahkan yang kedua-dua belah buah pinggangnya rosak teruk. Dialisis sudah tidak dapat membantu. Sekiranya tiada pemindahan buah pinggang dilakukan, dia hanya dapat bertahan selama 6 bulan dan sekarang dia telah melewati tempoh yang diberikan. Kebelakangan ini juga kesihatannya semakin merosot. Bagi Adam sekarang dia hanya mengharapkan masa-masa bonus daripadaNya. Dia akui doktor doktor bukanlah tuhan yang dapat menentukan ajal maut seseorang tetapi mereka juga bercakap berdasarkan fakta dan kajian di mana ilmu itu juga daripadaNya.
Esakan Dahlia yang semakin kuat mengejutkan Adam dari khayalannya. "Abang nak Lia tabah hadapi ujian ini. Azim perlukan Lia. Ingat sayang, Allah menguji bila Dia kasih dan sayangkan kita. Allah juga tidak akan menguji kita dengan ujian yang Dia tahu kita tidak akan sanggup menghadapinya". Di samping cuba memujuk Dahlia sebenarnya Adam juga sedang cuba memujuk dirinya sendiri. Bukannya dia tidak berusaha untuk mencari ganti buah pinggang yang rosak itu, bahkan seluruh ahli keluarganya dan keluarga Dahlia rela menderma, tetapi Allah itu Maha Kuasa, tidak ada seorangpun yang bersesuaian kecuali seorang!
" Abang, buah pinggang Lia kan sesuai, tapi kenapa abang tak nak terima?",Dahlia spontan bertanya ketika sedu-sedannya sudah mula berkurangan.
" Kan abang dah cakap, Lia tolonglah jangan bangkitkan lagi soal itu", suara Adam yang agak meninggi itu sedikit membuatkan Dahlia tersentak. Adam terkenangkan peristiwa 3 bulan lepas, bagaimana cerianya Dahlia apabila mengetahui yang buah pinggangnya sesuai untuk didermakan kepada suaminya. Namun kuasa Allah sekali lagi mengatasi segala-galanya. Pada masa yang sama, Dahlia disahkan mengandungkan anak mereka yang kedua.
" Lia sanggup gugurkan kandungan ini bang", begitu tekad Dahlia membuat keputusan bagai terlayar semula di matanya.
" Lia sanggup bunuh anak kita, semata-mata untuk memberi nyawa kepada abang? Maafkan abang Lia, abang tak mungkin sanggup bertukar nyawa dengan zuriat kita sendiri", keputusan Adam juga tekad dan tak mungkin ada sesiapa yang boleh mengubahnya.
Tiada siapa menduga dalam umurnya yang baru mencecah 35 tahun, Adam tiba-tiba dikejutkan dengan penyakit kroniknya itu. Adam juga merupakan seorang yang cukup aktif dan sihat sebelum ini namun kuasaNya tiada siapa dapat menduga.
Adam tiba-tiba menyentuh perut isterinya yang mula membengkak, menandakan zuriatnya sedang membesar di situ. " Bila abang dah tak ada nanti, abang harap Lia didiklah anak-anak kita dengan baik. Moga-moga mereka berdua akan jadi anak yang soleh dan solehah dan dapat mendoakan kesejahteraan abang di sana nanti".
" Abang....", Dahlia cuba membantah, namun bagi Adam dia sudah tidak punya banyak masa lagi. " Sayang, tolonglah beri peluang untuk abang tinggalkan pesan....masa yang tinggal terlalu suntuk untuk kita", di hujung kata-kata Adam itu disambut dengan deraian air mata Dahlia. Semenjak Adam disahkan mengidap sakit buah pinggang ini, air mata Dahlia menjadi terlalu murah.
" Lagi 4 bulan anak kita akan lahir, abang harap Lia ceritakan tentang diri abang pada dia, boleh?", dengan senyuman yang cukup pedih, Adam cuba membayangkan wajah bakal puterinya itu. " Lagi satu, tolong namakan anak kita ini Jasmine. Abang nak kedua-dua bunga kesayangan abang ini, Dahlia dan Jasmine sentiasa mekar di hati abang". Dia telah mendesak Dahlia untuk mengimbas jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya itu kerana dia dapat merasakan yang dia tidak akan sempat untuk menatap wajah anak yang bakal dilahirkan itu.
" Insyaallah bang, Lia akan didik anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah dan Lia akan pastikan juga mereka tidak pernah lupa akan papa mereka", jajni Dahlia kepada suaminya yang tercinta.
" Lia, abang ada satu lagi permintaan yang terakhir. Abang nak Lia janji, selepas pemergiaan abang, sekiranya Lia bertemu dengan seorang lelaki lain yang sesuai, abang nak Lia menikah lagi".
" Ya Allah...abang, tolonglah jangan seksa Lia dengan permintaan abang ini, Lia takkan sanggup bang", Dahlia benar-benar terkejut dengan permintaan terakhir suaminya itu.
" Abang tersangat sayangkan Lia, bukan niat abang untuk menyeksa sayang..., abang yang pergi dah tentu takkan kembali. Abang nak Lia teruskan hidup ini macam biasa demi anak-anak kita, janjilah sayang...", Adam seakan mendesak Dahlia untuk mencari penggantinya nanti.
" Abang....", Dahlia kehilangan kata-kata, mana mungkin dia melafazkan janji itu.
****************************
Suasana di tanah perkuburan itu begitu sepi namun kedamaian tetap terasa. Dua pasang tangan kecil itu mengaminkan bacaan doa ibu mereka. Dahlia merenung wajah anak-anaknya. ' Sudah semakin besar anak-anakku', hati Dahlia berbisik sendu. Azim telah berusia 10 tahun dan wajahnya saling tak tumpah seperti Adam. Jasmine, puterinya juga sudah menginjak ke usia 5 tahun dan dia juga tidak kalah daripada Azim untuk mewarisi wajah papanya.
" Abang, Lia datang ni sebenarnya untuk memberitahu abang yang Lia akan menunaikan pesanan abang yang terakhir', perlahan Dahlia berbisik kepada nesan yang berdiri kaku itu.
' Lia akan bernikah hujung minggu ini. Nama bakal suami Lia ialah Azman. Lia benar-benar ingin berterima kasih kepada abang. Sebenarnya, memang payah bergelar balu dan menjadi ibu tunggal kepada anak-anak kita. Lia tak takutkan gelaran yang Lia sandang itu, namun benar telahan abang, anak-anak perlukan seorang ayah untuk membimbing dan Lia juga perlukan seorang suami sebagai pelindung'.
'Sekarang Lia faham kenapa abang tinggalkan pesanan itu. Abang nak Lia tidak merasa bersalah apabila bertemu dengan orang yang akan menggantikan tempat abang. Namun, Lia tak akan pernah lupakan abang sampai bila-bila. Lia dah sediakan satu sudut di hati Lia, khas untuk abang. Azman juga mengerti dan memahami hakikat ini. Namun, Lia tetap akan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah kepada Azman nanti'.
Dahlia merasakan ada tangan yang menyentuh lembut bahunya. Dia mendongak dan matanya bertembung dengan renungan Azman.
" Rasanya dah sampai masa untuk kita pulang", ujar Azman dengan lembut seraya memimpin Azim dan Jasmine di kanan dan kirinya.
" Izinkan Lia pergi dulu bang. Jika ada keizinan daripada suami Lia nanti, Lia akan menjenguk abang lagi di sini'. Dahlia melangkah dengan perlahan meninggalkan penghuni kubur di situ bersemadi dengan aman.



Saturday, May 10, 2008

To all mothers in the world.....


My Miracle Mother

Mom, I look at you
and see a walking miracle.
Your unfailing love without limit,
your ability to soothe my every hurt,
the way you are on duty, unselfishly,
every hour, every day,
makes me so grateful
that I am yours, and you are mine.
With open arms and open heart,
with enduring patience and inner strength,
you gave so much for me,
sometimes at your expense.
You are my teacher,
my comforter, my encourager,
appreciating all, forgiving all.
Sometimes I took you for granted, Mom,
but I don’t now, and I never will again.
I know that everything I am today
relates to you and your loving care.
I gaze in wonder
as I watch you being you—
my miracle, my mother.

By Joanna Fuchs

Happy Mother's Day....I love you mom!

Everything Mom

How did you find the energy, Mom
To do all the things you did,
To be teacher, nurse and counselor
To me, when I was a kid.

How did you do it all, Mom,
Be a chauffeur, cook and friend,
Yet find time to be a playmate,
I just can’t comprehend.

I see now it was love, Mom
That made you come whenever I'd call,
Your inexhaustible love, Mom
And I thank you for it all.

Friday, May 9, 2008

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.....amin.

Optimis : 16 Panduan Perbaiki Sikap

  1. Bangun awal, berjalan pagi selama 15 atau 20 minit.
  2. Hari ini hari baru. Jangan pandang ke belakang jika ia melukakan.
  3. Hanya anda yang boleh mengawal diri sendiri.
  4. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
  5. Amalkan permakanan sihat.
  6. Dapatkan tidur yang cukup.
  7. Jadikan hobi sebagai penyelamat.
  8. Layan orang lain dengan baik.
  9. Bersyukur dengan apa yang ada.
  10. Cuba lakukan sesuatu yang baru.
  11. Bukti bahawa anda memang boleh melakukannya.
  12. Ubah sikap dan cara berfikir.
  13. Jika hari ini teruk, berazamlah untuk memperbaikinya esok.
  14. Tuliskan misi dan visi dengan jelas.
  15. Sokongan keluarga dan rakan terdekat akan membantu, percayalah!
  16. Jadi si optimis..

Thursday, May 8, 2008

Gurney Plaza - "Girls' Power"


left to right : yee ping(miss mickey..heheehee), me&myself, liana(hmmm....) & abee (vogue mama...)

Pesanan Imam Syafie....Tunaikan 10 Hak.

Sesiapa ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:-

  1. Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. Hak malaikat maut, iaitu menqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
  3. Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, mininggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
  6. Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  8. Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah, sabar terima bala, syukuri nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  9. Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah.
  10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membeci maksiat.

Wednesday, May 7, 2008

who am i????



hehehehehehhe......

Yeah....I'm on leave again!!

Today to tired to work....morning at 6:50am (mengantuk loh...), already need to "redah" penang bridge. Today thanks God..not so jammed! (not so??) hehehe...that's normal if I can reached Gurney on time, kira oklah tu...reached there cun2 8am...hmmmm, working omo again??? time on action!!!!


ape ape je lah ari ni....redah je..why clock move so slow today?? waiting the clock to hit 5pm..aiyoh, macam tunggu penang bridge open for me and myself only!! jawabnya mimpi la tu...

at last, the clock hit 5pm...time to "tui" ooo...hoyeh...start from this hours i'm free from McD live..but only for 9 days je...saje buat gempak.....