Thursday, May 8, 2008

Pesanan Imam Syafie....Tunaikan 10 Hak.

Sesiapa ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:-

  1. Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. Hak malaikat maut, iaitu menqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
  3. Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, mininggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
  6. Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  8. Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah, sabar terima bala, syukuri nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  9. Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah.
  10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membeci maksiat.

No comments: